You Don't Know Me
You Don't Know Me!

Heyyy..



Hai, Mokcah for short. 97. Malacca.

Wish list.

Kereta
Canon DSLR
Lesen Kereta
iPhone 6s
new room
Fav handbag
GoPro hero 4

Minat.

Hai assalammualaikum. Hari tu janji kononya “esok” nak tulis baru. Haha. Tapi tak pun. Hehe. After I dah delete all my entry tetiba rasa nacam ada semangat baru nak tulis blog cakap je ni sebenarnya tak pun dan tahu takde orang akan baca pun “short” story aku yg mengarut merapu merapik ni, hahahahahhaha. Well memang dikenali dengn sifat kuat tidur. Actually takde la kuat sangat tidur. Aku bnyak tidur siang tapi malam aku berjaga. Siang pun tidur lepas class pagi je. Lepas tu bngun mcm biasa. Hahaha tapi entah la memang dari sekolah menengah lagi gitu. Susah nak ubah tabiat ni auu. Hahaha.

Ok la. Sekarang tengah cuti sem so dri aku buang masa aku baik aku tulis entry kan J  Hahahha  Nak cerita sikit. Ramai gak Tanya aku “wei susah ke ambil electric ni?” “wei kau perempuan ambil electric ni boleh ke(sambil buat muka annoying)” “wei asal kau ambil electric” dan wei wei wei wei -_- haha kekadang nak jawab pun rasa errr. Cuma boleh jawab “haa ok je” “boleh la” hahaha. Tak ikhlas kan aku jawab hehe. Ye ah dah orang Tanya pun mcm nk memerli je. Aku jawab je ah gitu. Sebenarnya benda ni semua datang dari minat tau. Sama juga mcm memasak. Kau tak minat masak semua benda kau rasa susah kan walaupun nk cri barang barang untuk masak pun kau rasa susah. Cuba kalau kau minat, sekali kau rasa kau terus boleh tahu apa je bahan yg dia guna untuk masak. Haaaaa sama la mcm aku sekarang, sbb minat je semua ni. Walaupun aku takde langsung knowledge pasal electrical, everything yg aku belajar aku boleh faham walaupun slow sikit, hehe ye la benda kita tak thu kan memang slow la sikit, tapi sebab minat nk juga tahu benda dan usaha untuk faham dan tahu, mesti korang Tanya ‘kau minat tapi kau tak thu langsung mcm mna tu?’ Haa dia mcm ni, ayah dengn abg aku and majoriti kawan abg dengn ayah aku semua orang electric so bila aku dah selalu tengok and selalu dengar diorang bualkan pasal benda ni aku pun jdi minat dan nak tahu semua benda tu. Dan tak lari jugak aku dengar yg kerja dekat bidang ni semua gaji sedap sedap, tapi tak semua tengok la mcm mna dia kerja pulak. Ok. Haaa itu la salah satu sebab aku boleh jadi minat dekat course ni. Huhu. KALAU DAH MINAT NOTHING IMPOSIBBLE UNTUK DIBUAT.

Hahahahaha. Sedap je aku cakap kan. Dalam sedap sedap aku cakap pun setakat sem 1 ni dah ada la jgak ujian yg ditempuhi. Biasa la setiap kemanisan hidup yg kita lalui takkan bermakna kalau takde kepahitan yg kita rasa. Sebenarnya masa awal sem 1 lagi aku dah down L hmm. Nak buat mcm mana kan. Down bukan sebab electrical tapi sbb math. Hahaha wehh aku dari sekolah rendah sampai menengah sampai dah masuk uni ni aku still tak suka math wehhhhhhhhhhhh. Aaaaaaaaaa rasa mc ishh tah laaaa. Hahaha. Tapi after aku pergi jumpa counselor everything okay yeayyyyy. Tapi before jumpa counselor tu aku dah surrender dengn semua subjek time tu. Aku tak focus dalam class aku tak study, kau bayangkan ah mcm mna. Dah la tak de mood lepas tu time test memang tak thu mende ahh. Dannn hahaha nasib kau laaa markah test gitu. Hahahha. Padan muka diri sendiri. Boooo. Tapi aku bayar balik dengn test 2 aku, walaupun tak hebat. Tapi semua subjek markah dia lebih dri markah test 1. Huhu. Tapi tu ah memang tak dapat bayar balik ah semua chapter depan depan . payah weh.  Memang salah sendiri pun. So mcm redho je la pointer keluar nnti hmm. Tapi aku dah cuba usaha yg terbaik masa final ritu. Hmm. Tpi entah la tak thu nak cakap mcm mna. Kita dah usaha kita dah berdoa sekarang kita tawakkal J  Yg penting aku berterima kasih sangat sangat dekat kawan kawan aku especially HAPIZ and AYUL sbb diorang yg baaaaaaaaaanyak sangattttttttt tolong aku sepanjang sem 1 ni dan diorang je yg selalu ada dengn aku time aku gelak menangis ketawa. Hahahahha. Aku rasa bersyukur sangat sbb aku jumpa manusia manusia mcm korang dua, ye ah sbb kalau nak dibandingkan apa yg kawan aku cerita pasal kawan diorang aku rasa berbeza sangat dengn korang. Serius zaman sekarang bukan senang nk cari kawan untuk menangis, eventhough korang lelaki aku selesa dengn korang. Bersyukur sangat ada orang mcm korang ni, Thank you weh, aku tak tahu nk balas mcm mna. Semoga Allah je yg balas semua pertolongan korang J

Dan lepas apa yg jadi masa awal sem 1 tu aku dapat tahu banyk benda yg takde benda yg senang dalam hidup ni kalau nak Berjaya. Konsep dia KAU MALAS KAU RUGI. KAU TAK USAHA KAU RUGI. So everything dalam hidup ni kita kena usaha. Dan aku perasan math dengn all subjek electrical untuk sem 1 ni tak susah kalau kau usaha untuk belajar dan faham. Dan insyaAllah aku akan cuba bayar balik semua yg aku dah buat time masa sem sem yg akan datang. insyaAllah semoga ALLAH permudahkan. Hehe.


So conclusion dia dekat apa yg aku tulis panjang panjang berjela ni, kau jangn pertikaikan apa yg orang minat. Kau minat kau buat je jangn dengar cakap orang, sbb zaman sekarang semua orang nk jatuhkan kita ingat tu. Dan jangn perlekehkan apa yg orng minat. Biarkan orang tu dengn minat dia. Ok. Deal. One more bila kau dah minat something tu jangn down, kau kena terus usaha untuk benda yg kau minat tu. Bila dah masuk zaman university sekali kau lost dalam study automatic kau akan jadi susah nak faham untuk chapter yg akan datang. Serius aku tak tipu. Walaupun aku bru setahun jagung la orang kata tapi aku dah rasa semua tu. Walaupun Cuma 4 bulan benda tu tapi semua tu dah boleh buat aku fikir jauh lagi. Huhu sbb matang ni bukan diukur dari factor umur tapi dari pengalaman seseorang tu. Sbb ada jee orang yg aku kenal umur dah meningkat tapi pemikiran errr -_- haha dah taknk cakap pasal orang. Ok tu je kot. Aku tulis pepanjang ni tak kesah pun takde orang baca sbb nak curhat je. Hehe. Biasa la orang takde adik beradik so mcm ni jela cara nak hilangkan apa yg terfikir huhu. That’s all from me. Wish me luck. InsyaALLAH J bye :*